Zulhanizam Badrul Hisham Dalam Kenangan ( 28hb Julai 1992 - 25hb Februari 2010 )

AL-FATIHAH

Sunday, February 28, 2010

Apabila seorang anak Adam meninggal, al-fatihah untuk sahabatku


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami

Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan

Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan

Kau sahabatku kau teman sejati


Salam penghulu segala hari dan salam Maulidur Rasul semua..

Semalam tepat 12.11 malam telefon bimbitku berbunyi menandakan mesej masuk daripada sahabatku, Khairi:

Shikin, I heard that Nizam meninggal. Need confirmation..

Aku terus terpinga-pinga sambil tanganku ligat mendail nombor sahabatku, Fifi untuk mendapatkan kepastian tentang mesej yang aku terima sebentar tadi.

Aku: Assalamualaikum Fifi, Ekin ni, sori ganggu hang, aku nak tanya betul ke Nizam dah meninngal?
Fifi: Waalaikumsalam ohh Ekin, a,aa petang tadi, dia eksiden, aku pun baru taw, aku baru balik kerja ni.

“Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return”

Saat itu aku terkedu, terdiam tiada tahu apa yang patut kubuat, mengalirlah mutiara jernih dari mataku. Terus kotak memori ku melayang sewaktu tahun 2004. Ketika itu aku masih di darjah 6, arwah gemar bergurau di tangga bersama Annas yang menaruh hati kepada sahabatku, Syamimi. Selepas 5 tahun, hujung tahun lepas aku berkesempatan bertemunya di majlis reunion sekolah rendahku. Aku rasa bersalah kepadanya kerana sebelum ini aku pernah berbalas SMS dengannya dan selepas itu arwah ada lagi mengirim SMS padaku.Tiada satu yang kubalas.(Aku malas dan sengaja ketika itu, jahatnya aku.)

**********
Bercakap soal kematian, aku pasti pasti ramai yang takut akannya, hatta mereka yang sedang bergelumang dengan maksiat sekalipun, kalau dibicarakan tentang kematian, azab kubur dan seksaan api neraka, pasti mereka akan takut, cuma sewaktu mereka sedang sedang melakukan maksiat itu, mereka terlupa langsung akan soal kematian. Tidak kurang juga segelintir manusia yang tidak pernah takut menghadapi hari kematian. Pernah terdengar diolog ini:
" Susah je hidup kat dunia ni, banyak betul masalah, mati lagi senang, tak de sape-sape nak kacau aku kat kubur." Sesenang manakah kehidupan kita selepas mati? Sesenang manakah kehidupan di alam kubur jikalau amalnya hanya boleh dibilang dengan jari tangan dan kaki? Bagaimana dengan certa-cerita ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah tentang dasyatnya seksaan di alam kubur dan di akhirat kelak bagi mereka yang melanggar perintah Allah. Jangan kata tentang azab sahaja, bagaimana nyawa kita akan dicabut nanti?

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”(QS. Ali Imran : 185).

“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal,” (QS. Luqman : 34)

Di kawasan tempat tinggalku ini sahaja, sudah tiga orang berturut-turut pergi mengadap ilahi kerana sudah tentu ajal mereka sudah sampai. Berita kematian dalam kalangan orang tua itu sudah menjadi kebiasaan, tetapi aku ngeri jikalau yang meninggal itu orang muda. Betapa benar analogi yang pernah Rasulullah s.a.w (jangan kedekut, selawat cepat) berikan kata ayahku suatu ketika dahulu bahawa buah kelapa muda pun boleh gugur. Sungguh aku jarang benar menziarahi orang meninngal, kecil-kecil dahulu selalu juga, tetapi apalah yang anak kecil-kecil seperti aku ketika itu mengerti. Lagi tertanya-tanya di dalam hati ada lah., puas emakku nak menjawab semua soalanku.

"Asal ramai betol orang datang rumah tokwan aku ni."
"Eh ada pulak ramai orang mengaji baca al-quran keliling tok wan aku."
"Kenapa ayahku, makku, pak cik dan mak cikku menangis ni."
"Ayah, kakak nak ikut ayah pi kubur hantar tok wan," kataku pada waktu itu.
"Tak boleh, kak dok dengan emak," balas ayahku

Sejak besar ni pernah aku menziarahi kematian sepupuku dahulu. Aku pernah menceritakannya suatu ketika dahulu. Klik sini.

Sedekahkan Alfatihah ke atas arwah Zulhanizam Badrul Hisham atas pemergiannya. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama roh2 orang yg beriman.amin.



sumber:-http://ilhaminurekin.blogspot.com/2010/02/apabila-seorang-anak-adam-meninggal-al.html

1 comments:

Unknown said...

nizam. sentiasa dalam ingatan kami sekeluarga...ALFATIHAH

Post a Comment