Zulhanizam Badrul Hisham Dalam Kenangan ( 28hb Julai 1992 - 25hb Februari 2010 )

AL-FATIHAH

Sunday, February 28, 2010

AL-FATIHAH buat Zulhanizam Badrul Hisham



assalamualaikum wbt.








masa aku tengah update entry neh, mood aku baru bangun tidur, still tak percaya dengan apa yang dah berlaku semalam dekat member aku which ahli elitianz 08/09. fikiran masih melayang layang jauh. dulu bila aku dengar ada orang meninggal, aku macam "ok, tuhan sayangkan dia so be strong". but now aku rasa kehilangan yang tahap mega giga lah. boleh bayangkan tak kawan yang kita anggap macam siblings kita, sama kelas for 2 years, hari hari share makanan, main sama sama, gelak sama sama, share problem sama sama tiba tiba pergi dulu menemui penciptanya sebelum kita dalam usia yang tak berapa tua dan tak berapa muda? aku yang dengar berita pemergian dia nih from choda at first gelak gelak, tak percaya but bila second times choda call, aku baru rasa macam nak ****. but why nizam?

maybe sebab nizam terlalu baik and tuhan sayang sangat kat orang yang baik kan? dalam banyak banyak kawan, nizamlah yang paling tak create masalah, paling bertanggungjawab dengan tugas yang dia pegang and kena buat, paling baik dalam membantu kawan kawan dia, paling senang nak kamceng and banyak lagi lah benda baik yang aku rasa terlalu banyak untuk mendescribekan seorang kawan aku yang bernama zulhanizam nie. permergian dia buat aku sedar yang kematian tak mengenal masa dan usia. oleh itu, beribadatlah kita kepada maha kuasa kerana kita tak tahu bila kita bakal dijemput oleh-NYA.

to nizam : i love you soo much ! aku tak tahu nak kata ape weyh sekarang. hang terlalu baik kat aku. hang banyak tolong aku time aku susah dulu kat 4elit dengan 5elit. selalu bagi aku tiru humwerk hang bila aku tak sempat siap, selalu tolong belikan ayam goreng kat makcik kantin bila aku malas nak jalan, selalu share makan sama sama walaupun makanan tuh sikit ja tapi hang still berkorban bila dengar aku renget. hahaha. aku ingat lagi time hang amik beskut choda pastu sorokkan sampai choda nangis baru hang bagi dengan muka cuak bagai. hoho. aku betul betul miss hang weyh. miss nak tarik tarik baju hang, take take picture dengan hang, menggila dengan hang, miss nak panggil hg abang kerjip lah, nis-some laa, sume laa tapi sekarang nie aku dah tak berpeluang dah nak buat bab hang dah merantau jauh. jauh sangat dari semua kawan hang. aku harap yang kita dapat jumpa lagi. bukan kat sini tapi di SANA,, destinasi yang semua manusia tujui. :)

mood : nangis lagi sampai selsema tahap pe entah. :'(





**sumber:-
http://mimi-razaly.blogspot.com/2010/02/al-fatihah-buat-zulhanizam-badrul.html

0 comments:

Post a Comment